Sunday, 22 July 2018

MAJLIS IFTAR RAMADHAN TDU DIHATIKU

02 JUNE 2018, Sungai Buloh – In the effort of collecting donations for expanding their facilities, Tahfiz Darul Ulama (TDU) has been collaborating with respective individuals, celebrities and well-known brands to organized “Majlis Iftar Ramadhan TDU Dihatiku” earlier this week.
The event which been participated by more than 200 people has witnessed a wishful Ramadhan celebration as all the students of this tahfiz been flourished with possible future support by the involved entities (such as construction of fundamental subjects to help the students to prepare for their next endeavor; Math, Malay & English language, Science; Sponsors of computers to aid educations, and many more).
Wanita4U.FM Chief Executive Officer, Puan Noraini Ishak also reverted during her correspondence speech that “the radio will help in terms of promoting the effort of this tahfiz by including them in our Ladang Pahala Ku segment which we planned to air soon – and also to seek other means to be a part of this great institution’s effort in the future”.
The Program Director of this event, Tuan Haji Idris Bin Ishak has expressed his gratitude towards all the donors and his team due to the success of this event – and wishes nothing more than the best for all the students of this tahfiz.
The event has been colored by many great openings such as the performances by Tahfiz Darul Ulama student, Tazkirah and leading the Terawikh prayers by Dai Irfan, tasting of Rendang MBR (Malaysian Book of Records) by Chef Liza (Celebrity Chef) and surprise short performances by Dato Nash (singer) – which also attend to sponsor his Laksa Johor recipe.
For those whom wish to donate towards this great cause, please feel free to do so as the details below:
Form of Donations (Cash/Money Order) – in the name of *TABUNG PEMBINAAN TAHFIZ DARUL ULAMA*
Bank Details: 5642 2163 3407 (MAYBANK)
Or
Contact TDU office for more detail at: - (+6)019 774 4456 (Hotline) or (+6)019 308 2784 (MUDIR TDU)
We here at Team Wanita4U.FM wishes all the organizers, students and donors a wishful Ramadhan in hoping that all the kindness which we have parked into this world will be a great weightage in His eye…Insyallah

======================================================================

02 JUN 2018, Sungai Buloh - Mendokong usahasama bagi mengutip sumbangan untuk memperluaskan lagi kemudahan mereka, Tahfiz Darul Ulama (TDU) dengan kerjasama pelbagai pihak berwajib, selebriti dan jenama produk terkenal telah menganjurkan “Majlis Iftar Ramadhan Dihatiku” awal minggu ini.
Majlis yang berlangsung ini telah dihadiri lebih dari 200 ratus orang dan ia juga telah menyaksikan pelbagai kemeriahan di mana para pelajar tahfiz telah dijanjikan pelbagai sumbangan di masa akan datang dari beberapa pihak yang terlibat (seperti penghasilan struktur pembelajaran subjek teras; Matematik, Bahasa Melayu & Inggeris, Sains bagi mempersiapkan para pelajar bagi menghadapi subjek-subjek yang lebih mencabar; sumbangan komputer bagi memudahkan proses pembelajaran dan banyak lagi)
Ketua Pegawai Eksekutif Wanita4U.FM, Puan Noraini Ishak juga berkata dalam ucapan tamu beliau bahawa “radio kami akan membantu dari segi mempromosikan segala usaha institusi ini dengan menyenaraikan TDU sebagai tetamu dalam segmen “Ladang Pahala Ku” yang bakal kami keudarakan nanti – dan juga pihak kami akan cuba mencari ruang bagi menjayakan usaha institusi hebat ini di masa akan datang”
Pengarah Program Majlis iaitu Tuan Haji Idris Bin Ishak pula telah menyuarakan rasa syukur beliau keatas semua usaha yang telah ditunjukkan oleh para penderma, dan juga pegawai yang bertugas diatas kejayaan penganjuran majlis ini – dan berharap hanyalah kesejahteraan yang terbaik buat semua pelajar tahfiz ini
Majlis ini yang telah diwarnai dengan pelbagai kemeriahan seperti persembahan daripada para pelajar Tahfiz Darul Ulama, Sesi Tazkirah dan Mengetuai sembahyang Terawikh oleh Dai Irfan, Penyediaan dan sesi merasa Rendang MBR (Malaysian Book of Records) yang diketuai oleh Chef Liza (Selebriti Chef) dan juga persembahan pendek daripada Dato Nash (Penyanyi) – yang juga hadir bagi memberi sumbangan resepi Laksa johor beliau.
Bagi mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan diatas usaha murni tahfiz ini, silalah rujuk maklumat di bawah:
Jenis sumbangan (Tunai/Wang Pos) – Ditujukan atas nama “TABUNG PEMBINAAN TAHFIZ DARUL ULAMA”
Maklumat Bank: 5642 2163 3407 (MAYBANK)
Atau
Hubungi pejabat TDU seperti berikut: - (+6)019 774 4456 (Hotline) or (+6)019 308 2784 (MUDIR TDU)
Kami di Wanita4U.FM ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia kepada semua penganjur, pelajar dan penderma yang terlibat serta diharap agar segala amalan yang dipanjatkan bakal memperoleh keredhaan di mata-Nya, Insyallah

No comments:

Post a Comment