Sunday, 22 July 2018

CHEF CELEBRITI MEMBERI SUMBANGAN – DEMO MASAKAN CHEF LIZA DI JAMUAN RAYA KEKWA


7 JULAI 2018, Chow Kit – Baru-baru ini, Kelab Kebajikan Wanita (atau KEKWA) telah mengadakan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Silaturrahim Ahli KEKWAdi Hotel Holiday City Villa bagi meraikan anak-anak yatim dari Tahfiz Al-Fadhilah – Puncak Alam. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih dari 150 orang ahli dan usahawan dari pelbagai negeri dan telah dirasmikan oleh pengasas dan juga pengerusi PRIMA, Puan Rosiah Binti Jantan. Juga hadir, iaitu Yang Berbahagia En. Abdul Razak Muhamad Hafiz, CEO ARS Ultimate SDN BHD, dan En. John Humble dari Web TV.
Dalam ucaptama beliau, Puan Rosiah mengatakan bahawa PRIMA (Persatuan Insaniah Prihatin Malaysia) adalah sebuah badan NGO yang komited dalam menyediakan platform untuk wanita di Malaysia. Badan ini memberikan pelbagai bentuk kemudahan kepada semua ahli termasuklah bantuan kewangan dan pinjaman, serta bantuan khidmat guaman dan kaunseling kepada yang memerlukan. Setakat ini, hampir 20 manifesto telah diwar-warkan kepada umum bagi penyataan rasmi PRIMA dan semua ahli digalakkan agar menyebarkan kewujudan badan ini kepada mana-mana pihak yang berminat untuk bersama-sama dalam usaha ini – harus berumur lebih dari 18 tahun.
Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Chef Celebriti – Chef Liza bersama-sama demo masakan hidangan istimewa beliau. Para jemputan telah dihidangkan dengan 4 jenis masakan istimewa – dimana diantara hidangan pilihan ramai adalah Sambal Petai Udang dan Rendang Kerang. Puan Saedon dari Kedah berkata bahawa beliau amat meminati segmen masakan Chef Liza di kaca TV dan hari ini adalah pertama kali beliau dapat menyaksikan Chef secara langsung. Dalam sesi temuramah beliau, Chef Liza berkata “Saya ingin masakan saya ini dirasai oleh ramai orang – terutama sekali oleh anak-anak yatim disini, dan dengan mengadakan majlis sebegini, saya dapat berbuat demikian dan saya amat berpuas hati dan gembira”.
Kami dari Team @wanita4udotfm berdoa agar segala usaha pihak-pihak berwajib dalam menganjurkan program kebajikan seumpama ini diberkati oleh-Nya. Diharap juga dengan penganjuran program-program sebegini akan dapat mewujudkan masa depan yang lebih cerah kepada bukan sahaja wanita di luar sana, tapi juga untuk insan-insan yang memerlukan.

======================================================================

7 JULY 2018, Chow Kit – Recently, Kelab Kebajikan Wanita or KEKWA has organized an event called: Majlis Jamuan Silaturrahim Ahli KEKWA at Holiday City Villa Hotel to appreciate the orphanage of Tahfiz Al-Fadhilah – Puncak Alam. This event has been attend by more than 150 members and entrepreneurs from various states and has been officiated by the founder and chairperson of PRIMA, Puan Rosiah Binti Jantan. Also present is Yang Berbahagia En. Abdul Razak Muhamad Hafiz, the CEO of ARS Ultimate SDN BHD, and Mr. John Humble, from Web TV.
During Puan Rosiah’s speech, she highlighted that PRIMA (Persatuan Insaniah Prihatin Malaysia) is a dedicated NGO that serves as a platform for women’s in Malaysia. It represents a lot of benefit which includes capital and loans opportunity & legal and counseling services for their members in need. There are almost 20 manifesto has been published for public view which identified PRIMA’s positioning and all the members are encourage to spread the news to anyone which interested to join their movement – must be 18 years and above.
The event also cheered by the present of Celebrity Chef – Chef Liza with her wonderful cooking demo which fit the theme of the day – raya celebration. Chef Liza has wowed the crowd with 4 type of dish – and among the favorites are Sambal Petai Udang and Rendang Kerang. Puan Saedon, from Kedah stated that she is a huge fan of Chef Liza’s cooking show and this is the first time she saw her live. Chef Liza during her interview also said that “I want my cooking to be tasted by more people – especially the orphanage, and by doing this demo I felt satisfied and happy”
We here from team @wanita4udotfm wishes millions of blesses from-Him to all this good people that put a lot of effort in doing charity. Hopefully the continuation of this good deeds will lead to a brighter future not just for all the women’s out there but also those people in need.

No comments:

Post a Comment