Sunday, 22 July 2018

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR ASASI DI INTERNATIONAL UNIVERSITY OF MALAYA-WALES KE STUDIO Wanita4U.FM


16 JULAI 2018, Bukit Jelutong – Baru-baru ini radio Wanita4U.FM telah dikunjungi oleh para pelajar dari Universiti Antarabangsa Malaya-Wales yang mana sedang mengikuti kursus pengajian asasi kesenian. Kunjungan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai bagaimana operasi sesebuah radio dan apakah aktiviti teknikal yang berlaku sepanjang perjalanan rakaman segmen di studio. Sewaktu sesi penerangan, Ketua Pegawai Eksekutif Wanita4U.FM, Puan Nani Ishak telah memberikan ucaptama yang menyentuh tentang senario semasa yang sedang berlaku dan apakah yang ingin dicapai (khusus bagi radio Wanita4U.FM) serta cabaran – cabaran dalam industri media ini.
Ketua Koordinator bagi program asasi di IUMW, iaitu Puan Nur Damiah juga menyatakan hasrat pihak universiti bagi memberikan pendedahan langsung tentang perjalanan aktiviti sesebuah stesen radio dan peluang yang diberikan bagi melawat radio Wanita4U.FM ini benar-benar membuka peluang tersebut – “Peluang ini telah memberikan pengalaman yang bagus bagi kami dalam menyaksikan perjalanan aktiviti operasi” ujar salah seorang pelajar sewaktu sesi penerangan.
Sewaktu tempoh lawatan, pihak radio dan juga para pelajar universiti IUMW sempat bertukar pandangan mengenai hala tuju masa depan yang mana melibatkan pembangunan dunia media yang sedang berubah arah ke tahap yang lebih mencabar – apabila industri berkembang, apakah yang boleh dilakukan oleh pihak media seperti radio masa kini untuk kekal berdaya saing.
Sebagai tambahan bagi lawatan ini, kesemua pelajar yang terlibat telah diberikan peluang untuk menghasilkan iklan mereka sendiri dimana tema iklan adalah berkisarkan pandangan wanita, perlakuan moral yang baik atau maklumat mengenai universiti mereka sendiri – dan kesemua pelajar telah menjalankan tugasan ini dengan jayanya (sila dengarkan iklan yang dihasilkan oleh mereka di radio kami tak lama lagi)
Kami di Wanita4U.FM ingin mengucapkan selamat belajar kepada semua pelajar asasi ini dan berharap agar mereka dapat terus melanjutkan pelajaran mereka di universiti Wales apabila mereka tamat mengikuti program asasi ini – tak lupa juga diharap agar semuanya ceria-ceria selalu dan “gila-gila” bila perlu. Selamat jalan…!!!

========================================================================

16 JULY 2018, Bukit Jelutong – Radio Wanita4U.FM recently received a visit from students of International University of Malaya-Wales that currently undergone their foundation in Arts. This visit mainly to expose these students on how a radio station works and what are the technical activities happening during each segment that conducted here at our studio. During the introduction session, our Wanita4U.FM CEO, Puan Nani Ishakhas brief all of them on the scenario of what’s currently happening and what does the radio station (mainly Wanita4U.FM) are trying to achieve and what the challenges lies ahead for this radio.
The IUMW Centre of Foundation Program Coordinator, Puan Nur Damiah also explained that the university wanted these students to have a hands on view on what’s happening at a radio station and a chance to visit a working radio station like this suits the requirements – “This is a good experience for us to see and experience some of the process” said one of the students during the briefing session.
During the visit, the radio team and the university students able to exchange notes on views and what need to be expected in the future as the development in the world of advertising and media has rapidly shifted to a new height – and as the industry grows, what can the media platform such as this radio do in order to stay competitive.
As a bonus for this trip, all the students are been given a chance to produce a jiggles of their own which either to promote the women’s views, good-morality or some details about their universities – and they did wonderfully (please catch their jiggles on air at our radio soon).
We here at Team Wanita4U.FM wishes all the students well on their studies as they pursue to further their study at wales university after graduating this foundation course – not to mention to always be cheerful and (a little bit) crazy at times when needed. Bon Voyage…!!!

No comments:

Post a Comment