16 JULAI 2018, Bukit Jelutong – Baru-baru ini radio Wanita4U.FM telah
dikunjungi oleh para pelajar dari Universiti Antarabangsa Malaya-Wales yang
mana sedang mengikuti kursus pengajian asasi kesenian. Kunjungan ini bertujuan
untuk memberi pendedahan mengenai bagaimana operasi sesebuah radio dan apakah
aktiviti teknikal yang berlaku sepanjang perjalanan rakaman segmen di studio.
Sewaktu sesi penerangan, Ketua Pegawai Eksekutif Wanita4U.FM,
Puan Nani Ishak telah memberikan ucaptama yang
menyentuh tentang senario semasa yang sedang berlaku dan apakah yang ingin
dicapai (khusus bagi radio Wanita4U.FM)
serta cabaran – cabaran dalam industri media ini.
Ketua Koordinator bagi program asasi di IUMW, iaitu Puan Nur
Damiah juga menyatakan hasrat pihak universiti bagi memberikan pendedahan
langsung tentang perjalanan aktiviti sesebuah stesen radio dan peluang yang
diberikan bagi melawat radio Wanita4U.FM ini
benar-benar membuka peluang tersebut – “Peluang ini telah memberikan pengalaman
yang bagus bagi kami dalam menyaksikan perjalanan aktiviti operasi” ujar salah
seorang pelajar sewaktu sesi penerangan.
Sewaktu tempoh lawatan, pihak radio dan juga para pelajar
universiti IUMW sempat bertukar pandangan mengenai hala tuju masa depan yang
mana melibatkan pembangunan dunia media yang sedang berubah arah ke tahap yang
lebih mencabar – apabila industri berkembang, apakah yang boleh dilakukan oleh
pihak media seperti radio masa kini untuk kekal berdaya saing.
Sebagai tambahan bagi lawatan ini, kesemua pelajar yang terlibat
telah diberikan peluang untuk menghasilkan iklan mereka sendiri dimana tema
iklan adalah berkisarkan pandangan wanita, perlakuan moral yang baik atau
maklumat mengenai universiti mereka sendiri – dan kesemua pelajar telah
menjalankan tugasan ini dengan jayanya (sila dengarkan iklan yang dihasilkan
oleh mereka di radio kami tak lama lagi)
Kami di Wanita4U.FM ingin
mengucapkan selamat belajar kepada semua pelajar asasi ini dan berharap agar
mereka dapat terus melanjutkan pelajaran mereka di universiti Wales apabila
mereka tamat mengikuti program asasi ini – tak lupa juga diharap agar semuanya
ceria-ceria selalu dan “gila-gila” bila perlu. Selamat jalan…!!!
========================================================================
16 JULY 2018, Bukit Jelutong – Radio Wanita4U.FM recently
received a visit from students of International University of Malaya-Wales that
currently undergone their foundation in Arts. This visit mainly to expose these
students on how a radio station works and what are the technical activities
happening during each segment that conducted here at our studio. During the
introduction session, our Wanita4U.FM CEO,
Puan Nani Ishakhas brief all of them on the scenario
of what’s currently happening and what does the radio station (mainly Wanita4U.FM)
are trying to achieve and what the challenges lies ahead for this radio.
The IUMW Centre of Foundation Program Coordinator, Puan Nur
Damiah also explained that the university wanted these students to have a hands
on view on what’s happening at a radio station and a chance to visit a working
radio station like this suits the requirements – “This is a good experience for
us to see and experience some of the process” said one of the students during
the briefing session.
During the visit, the radio team and the university students
able to exchange notes on views and what need to be expected in the future as
the development in the world of advertising and media has rapidly shifted to a
new height – and as the industry grows, what can the media platform such as
this radio do in order to stay competitive.
As a bonus for this trip, all the students are been given a
chance to produce a jiggles of their own which either to promote the women’s
views, good-morality or some details about their universities – and they did
wonderfully (please catch their jiggles on air at our radio soon).
We here at Team Wanita4U.FM wishes
all the students well on their studies as they pursue to further their study at
wales university after graduating this foundation course – not to mention to
always be cheerful and (a little bit) crazy at times when needed. Bon
Voyage…!!!

































