Assalammualaikum dan salam sejahtera, diharap semua pendengar sihat dan ceria - ceria selalu. Saya ingin mengambil kesempatan ini membuka bicara dengan memberikan sedikit penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penubuhan radio Wanita4U.FM ini yang mana saya rasakan amatlah perlu dalam menyebarkan maklumat mengenai isu - isu wanita dan hal - hal berkaitan kekeluargaan semasa. Namun ia tidaklah terhad hanya untuk wanita yang mana kami juga memberikan ruang bagi isu - isu lain untuk diketengahkan.
Bagi menjawab beberapa persoalan yang sering diajukan kepada saya mengenai "kenapa wanita?" saya ingin jelaskan disini bahawa salah satu sebab kenapa "wanita" merupakan tajuk utama adalah kerana "saya juga seorang wanita" dan saya amat memahami bagaimana mencabarnya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita lebih - lebih lagi di dunia yang semakin mencabar seperti sekarang.
Dan secara peribadinya, bagi saya dalam aspek memahami konteks "wanita" itu sendiri memberikan input yang amat positif kepada kaum adam dalam proses memahami situasi rumahtangga mereka - dan diharap konteks yang dibincangkan bakal memberi impak yang positif di dalam keharmonian kekeluargaan khususnya di tanah bertuah ini - dan seterusnya ke peringkat global Insyallah.
Jadi, teruskanlah mendengar radio wanita4U.FM ini dan kami amat menghargai sebarang komen dan cadangan yang ingin diutarakan seterusnya diharap dengan penglibatan wanita dan masyarakat umum dalam memberikan input kepada kami, dapat kami memberikan sebuah platform yang lebih berkualiti, berinformasi dan berdaya saing seiring dengan mana - mana stesen radio lain di luar sana.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment